Thursday, June 30, 2016

Assalam...

bersua kembali kita. lama aku tak ushar blog nie.. menceritakan penghidupan aku di bumi johor ( parit king ) hidup seperti biasa macam org lain tp ada sikit la kepayahannya maklum lah baru nak bertapak..kerja mmmm masih mencari, macam idea mai mula nak bukak kedai photostat dan dah pun sewa 1 mesin tp hanya bertahan beberapa bulan ja. Plan lagi nak berniaga air tp mmmmm masih belum start lagi. Perancangan ada Allah yang menentukan segalanya.

 Aku aktif dalam JPAM dok nampak rezeki aku banyak dalam JPAM. Duty pelbagai aku serta pantang pejabat call aku mesti cakap ok.. isteri aku banyak membantu memberi semangat buat aku utk teruskan kehidupan di parit king nie.. Dato Jeffri pun sama ada jugak bagi job n aku dapat job utk PRK Kuala Kangsar baru2 nie tp 10hari ja lepas la buat aku tolong isteri aku yang dok pulun menjait baju raya.

 Anak aku pulak steady manja la ngan mummynya bila aku usik mesti mengadu hahahaha...anak mummy katakan. sekolah ok dah ada peningkatan, kat sekolah belagak macho kat umah manja hahaha. isteri aku banyak memberi perhatian kat dia marah2 jugak tp marah sayang hehehe. Aku ada jugak tinggalkan isteri ngan anak utk keja diluar, isteri aku jaga anak ngan baik. steady rah sayang.

 Hidup aku ngan isteri aku bertambah bahagia mohon Allah kekalkan kebahagian ini sehingga kejannah aminn....sian jugak dia siang malam menjait nak bantu aku alhamdulillah.

 Bulan besday aku tp kali nie tak berapa best sbb aku kehilangan insan yang aku sayang, kawan yang aku hormati, abg yang aku sanjungi. abg angkat aku ibarat abg kandung aku meninggaldunia di hari jadi aku. sedih sangat aku menanggis aku tak dapat terima kenyataan yang dia dah pergi. dialah banyak bantu aku banyak beri dorongan dan nasihat kat. last aku jumpa dia kat PRK kuala Kangsar tu lah terakhir. memang sebelum tu kami p happening kat china dia beli baju kat aku ngan isteri aku. sekarang aku redho atas pemergiannya. SEMOGA ALLAH MEMBERTINYA DAN DITEMPAT DIKALANGAN INSAN YANG DIKASIHINYA Al fatihah buat abg Fazroul ifzam. saya sayang abg.

 Ok lah aku ingat setakat nie saja buat pagi buta nie. tengah duty OPS SELAMAT nie. buat semua yang memandu selamat memandu. Assalam semua

No comments:

Post a Comment